Wanita Solehah
Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu
persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak
lelaki yg terpikat padawanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil
berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki
berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati
ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan
sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri
masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi
daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan
menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.
Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah…..
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian
tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2
sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya…..
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza
dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka
dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan
dari wanita membuat lelaki berasa bangga…..
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar
sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang
baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah
senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan
memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan
dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan
elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut
terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah
beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik
dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh
diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan
topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan
sekadar teman berbual
yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia
juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang
agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan
wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima
jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai
lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih
tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan
dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat
menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke
mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai
seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang
menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan
buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu
apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia
tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada
nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan
yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan
dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.
0 komentar:
Post a Comment