Cara untuk membersihkan hati ( dan otak ) dari kotoran :
1. Banyakkan membaca Al-Quran bersama tadabbur.
Baca Al-Quran sahaja, tanpa tadabbur maknanya sukar mendatangkan
keinsafan pada manusia. Memahami makna2 Al-Quran, peringatan2 Allah di
dalamnya akan berupaya meraih kelembutan dari dalam jiwa manusia.
2. Torture hati sendiri
Banyakkan berhujah dengan hati dan jangan sekadar mengikut setiap
bisikannya. Boleh jadi ketika terdorong melakukan maksiat, kita jarang
menentang sebaliknya kerap mengikut. Ubah tabiat tersebut kepada
menentang. Marah kepada setiap bisikan tersebut dan torture hati sendiri supaya bisikan tersebut kalah.
3. Usaha untuk menangis
Tangisan adalah satu perkara yang sukar bagi manusia. Betul, memang
payah hendak menangis kecuali dengan hal yang remeh temeh. Putus cinta,
hilang barang, terasa hati dan sebagainya. Hendak menangis mengenang
dosa sangat payah. Tetapi payah tak bermakna tak boleh. Cuma perlu
diusahakan. Antara caranya adalah mencari suasana yang mendorong, bangun
tengah malam umpamanya. Memejam mata sambil mengingati kesalahan2 yang
pernah dibuat, insyaAllah akan menangis. Tangisan ini bukan calang2,
kerana powernya boleh memadamkan api neraka.
4. Banyakkan ingat mati
Nabi s.a.w mengingatkan , bahawa antara cara membersihkan hati adalah
dengan membaca Al-Quran dan banyak ingat mati. Kalau boleh, selalu
hadiri solat jenazah jika berlaku kematian. Tolong usung keranda. Ikut
ke tanah perkuburan. Tengok jenazah masuk dalam lahad. Semua ini boleh
mematikan keseronokan berlebihan kita kepada dunia.
5. Bergaul dengan orang soleh
Dalam hadis ada disebut tentang aspek pergaulan. Seseorang yang
berkawan dengan penjual minyak wangi pasti akan terlekat sama wangian
tersebut. Berkawan dengan orang2 yang baik, yang soleh, yang tekun pada
agama, boleh melembutkan hati kita untuk menjadi baik. Dalam masa yang
sama, proses mensucikan antara akan menjadi lebih mudah.
Sumber : Cara membersihkan hati
0 komentar:
Post a Comment